Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 10-Aug-2009 08:27
TAJAAN PELAMIN DAN DEKORASI PENTAS UTAMA MID VALLEY



Atas peluang dan kepercayaan dari pihak URBAN VIBE EVENT, RINS SUZANA telah menjadi penaja utama pentas utama bagi PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA MIDVALLEY 2009.

Dengan konsep pengekalan identiti RINS SUZANA, inilah hasil yang dibawakan ke pameran tahun ini oleh kami. Bercakap tentang konsep dan identity RINS, bermula 6 tahun yang lalu, RINS memasuki bidang perkahwinan ini dengan membawa konsep dekorasi ringkas berasaskan warna putih atau offwhite yang mana telah diolah untuk disesuaikan dengan sebuah majlis perkahwinan Melayu.

Agak sukar untuk meyakinkan pelanggan untuk menerima warna ini pada ketika itu kerana segelintir besar masih berpendapat perkahwinan melayu masih terikat dengan tradisi penggunaan warna-warna yang lebih terang dan ceria.
Namun RINS yakin jika diberi peluang yang lebih luas, konsep yang RINS bawakan ketika itu dapat diterima dengan menyeluruh tetapi mungkin mengambil masa.

Jika tahun terdahulu RINS bawakan konsep garden dengan pengunaan bunga-bunga putih, namun untuk tawaran pakej perkahwinan 2010, RINS ingin menawarkan satu konsep yang berbeza sedikit tetapi masih tidak lari jauh dari konsep asal.
Dekorasi kali ini bertemakan relaks dan santai yang
berlatarbelakangkan kawasan persekitaran rumah. Dari segi pemilihan warna, RINS menggabungkan warna putih dan soft pink untuk menonjolkan dekorasi yang simple n sweet. Manakala ranting-ranting dibawakan sebagai penghias pentas dengan sedikit bunga-bunga
Soft pink hasil ilham pemerhatian persekitaran di mana pohon2 tepian jalan kebanyakan telah mula meluruhkan daun dan mengeluarkan bunga-bunga berwarna pink dan ungu yang lembut.

Berkisar tentang material pelamin pula, kali ini RINS banyak menumpukan kepada olahan kayu berbanding material berasaskan kain.
Pengilhaman pelamin ini adalah gabungan & cetusan idea bersama pemilik RINS dan telah direalisasikan dari usaha gigih dan kerjasama yang baik oleh 3 wedding designer dari RINS SUZANA.

Rekabentuk kerusi pula hasil dari cetusan tranformasi trend masa kini iaitu dari penggunaan kerusi khas pengantin kepada jenis rekabentuk lebih moden dan ringkas dari sofa. Namun untuk menampakkan sedikit kelainan dan ciri eksklusif, kami membawakan sepasang sofa jenis ‘highback chair’ untuk pameran ini.

Semoga semua pengunjung berpuas hati dengan apa yang kami pamerkan sepanjang 3 hari di Mid Valley. Kepada pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan pelamin tersebut, anda boleh mengunjungi butik kami di Taman Permata Ulu Klang bagi perbincangan lanjut dan tempahan.

Butik Rins Suzana
8B, Persiaran Permata
Taman Permata Ulu Klang (hadapan Giant Hypermarket)
53300 Kuala Lumpur
Tel Butik : 03-4147 1980
H/P : 013-940 0160 (Pn Suzana Abdullah)
email : rinsbridal@hotmail.com
facebook : rins suzana
YM ID : rinsbridal80

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.